Carian

Tentang Diriku

My photo
dilahirkan kat Pokok Sena, kemdian mula skolah kat Sek Wan Abdul Samad. pastu sambung kat SMK Pokok Sena. bab dekat umah ja. abih form 5 dapat offer fom 6. masuk la. abih tu keja sat Penang. kilang kotak. loaded gak la. jaga stor ja pun. pastu samna tah dapat offer kat ILP Jitra. tak lama, setaun ja. praktikal kat Penang. jadi QA. pun loaded. pahtu smbg Diploma.. kat Joho. alhamdulilah tamat. aku nganggur skrang, insya allah ada rezeki aku sambung g.

06 November 2009

politikus

Murid : Selamat pagi, cikgu.
>
> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan
> malam awak doakan saya tak selamat?
>
> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
>
> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
> sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini
> meliputi semua masa dan keadaan.
>
> Murid : Selamat sejahtera cikgu!
>
> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak
> uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu
> sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab
> dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
>
> Murid : Faham, cikgu!
>
> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
>
> Murid : (senyap)
>
> Cikgu : Pandai!
>
> Murid : Bodoh!
>
> Cikgu : Tinggi!
>
> Murid : Rendah!
>
> Cikgu : Jauh!
>
> Murid : Dekat!
>
> Cikgu : Keadilan!
>
> Murid : UMNO!
>
> Cikgu : Salah!
>
> Murid : Betul!
>
> Cikgu : Bodoh!
>
> Murid : Pandai!
>
> Cikgu : Bukan!
>
> Murid : Ya!
>
> Cikgu : Oh Tuhan!
>
> Murid : Oh Hamba!
>
> Cikgu : Dengar ini!
>
> Murid : Dengar itu!
>
> Cikgu : Diam!
>
> Murid : Bising!
>
> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
>
> Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
>
> Cikgu : Mati aku!
>
> Murid : Hidup kami!
>
> Cikgu : Rotan baru tau!
>
> Murid : Akar lama tak tau!
>
> Cikgu : Malas aku ajar kamu!
>
> Murid : Rajin kami belajar cikgu!
>
> Cikgu : Kamu gila!
>
> Murid : Kami siuman!
>
> Cikgu : Cukup! Cukup!
>
> Murid : Kurang! Kurang!
>
> Cikgu : Sudah! Sudah!
>
> Murid : Belum! Belum!
>
> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
>
> Murid : Sebab saya seorang pandai!
>
> Cikgu : Oh! Melawan!
>
> Murid : Oh! Mengalah!
>
> Cikgu : Kurang ajar!
>
> Murid : Cukup ajar!
>
> Cikgu : Habis aku!
>
> Murid : Kekal kami!
>
> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
>
> Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
>
> Cikgu : Sudah, bodoh!
>
> Murid : Belum, pandai!
>
> Cikgu : Berdiri!
>
> Murid : Duduk!
>
> Cikgu : Saya kata UMNO salah!
>
> Murid : Kami dengar KeADILan betul!
>
> Cikgu : Bangang kamu ni!
>
> Murid : Cerdik kami tu!
>
> Cikgu : Rosak!
>
> Murid : Baik!
>
> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
>
> Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
>

> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

No comments:

Post a Comment

My Blog List