Carian

Tentang Diriku

My photo
dilahirkan kat Pokok Sena, kemdian mula skolah kat Sek Wan Abdul Samad. pastu sambung kat SMK Pokok Sena. bab dekat umah ja. abih form 5 dapat offer fom 6. masuk la. abih tu keja sat Penang. kilang kotak. loaded gak la. jaga stor ja pun. pastu samna tah dapat offer kat ILP Jitra. tak lama, setaun ja. praktikal kat Penang. jadi QA. pun loaded. pahtu smbg Diploma.. kat Joho. alhamdulilah tamat. aku nganggur skrang, insya allah ada rezeki aku sambung g.

08 December 2009

tenangkan fikiran... relaksssss

Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...

CERITA1

Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun
masuk bilik air.Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu toilet… Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup sendiri…

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi...lampu tu terbukak dan padam sendiri. Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun berkata.. "Dah… dia buat dah perangai lama…Awat hang kencin dlm peti ais…???

CERITA2

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di
Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama.
" Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah
kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah
kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke
ketiga,"Congratulation!isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan".
Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak
menentu dan gelisah.
Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa
risau sangat??"
Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

CERITA 3

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu
sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia
segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan,
mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

No comments:

Post a Comment

My Blog List