Salam,
biar apa pun yang kita panggil ibu kita...bacalah ..so touching...terasa
kekurangan masa untuk mereka..MAK MAAF KAN KAMI
* KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG
MALAM.
* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.
* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA
KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE
LANTAI.
* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.
* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN
TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.
* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"
* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.
* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.
* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA
KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.
* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA
KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA
DENGANNYA.
* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA
UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.
* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT,
KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN
ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.
* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR
WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.
* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN
CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.
* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU
KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN
BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.
* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN,
MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA
UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN
KAWAN-KAWAN.
* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA,KITA
KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."
* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI
KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU."
* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG
KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN? . "PERABOT PILIHAN
IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"
* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN
BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT,
"IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH? ."
* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN
MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT
SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH
JAUH.
* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI
PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"? ITU DULU, SEKARANG ZAMAN
MODEN."
* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI
KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK
DATANG."
* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA,
KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI
BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.
* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR
ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN
KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.
JIKA IBU MASIH ADA , SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL, INGATLAH KASIH
DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU
KANDUNG.
Tentang Diriku
- 5uF!
- dilahirkan kat Pokok Sena, kemdian mula skolah kat Sek Wan Abdul Samad. pastu sambung kat SMK Pokok Sena. bab dekat umah ja. abih form 5 dapat offer fom 6. masuk la. abih tu keja sat Penang. kilang kotak. loaded gak la. jaga stor ja pun. pastu samna tah dapat offer kat ILP Jitra. tak lama, setaun ja. praktikal kat Penang. jadi QA. pun loaded. pahtu smbg Diploma.. kat Joho. alhamdulilah tamat. aku nganggur skrang, insya allah ada rezeki aku sambung g.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment